Thursday, April 14, 2011

Folio @ kerja kursus Sejarah f2 n f2

Aspek yang akan dinilai di dalam Kajian Sejarah Tempatan adalah mengikut format yang telah ditetapkan iaitu:
I. Tajuk
II. Senarai Kandungan
III. Penghargaan
IV. Objektif
V. Kaedah
VI. Laporan Kajian
a) Laporan
b) Penulisan
c) Istilah kajian
VII. Rumusan
VIII. Lampiran
IX. Rujukan

TINGKATAN I
Sejarah Diri dan Keluarga
􀂉 Salasilah keluarga
􀂉 Perkembangan diri dan keluarga
􀂉 Tokoh-tokoh dalam keluarga
􀂉 Peristiwa bersejarah dalam keluarga


TINGKATAN II
Sejarah Sekolah
􀂉 Latar belakang sekolah
􀂉 Nama dan lambang-lambang
kemegahan sekolah
􀂉 Infrastruktur dan kemudahan asas
􀂉 Pengetua
􀂉 Guru
􀂉 Badan pengurus dan PIBG
􀂉 Tokoh-tokoh bekas pelajar
􀂉 Peristiwa-peristiwa bersejarah
􀂉 Prestasi dan kejayaan akademik
􀂉 Prestasi dan kejayaan kokurikulum


-memastikan hasil kajian ditulis tangan pada kertas A4.
-memastikan hanya gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk kajian sahaja yang dimasukkan dalam hasil kajian.
-menggalakkan pelajar membuat laporan dalam bentuk peta, pelan, graf dan carta.
-memastikan panjang hasil kajian ialah seperti berikut:-
Tingkatan I - 5 hingga 10 muka surat.
Tingkatan II - 10 hingga 15 muka surat.

Wednesday, April 13, 2011

adik masuk wad las wik

Hari ni hari rabu.
Selasa mgu lepas aku tgh serabut giler pasal baby mirza asik muntah2 dari aku amek dia kat umah pengasuhnye… muntah air jernih dalam kete.. x sempat naik umah .. aku n kakak sepakat bawak adik g klinik… klinik bukak lagi masa tu.. kul 4 baru.. pas paking dukung mirza n pgg tgn kakak tuju derek ke konter daptar.. otw adik muntah lagi... total masa ni dah muntah 3kali .. sian dia... sakit gayenye muntah air putih sesaje.. padahal budak kecit manede minum air masak byk2... jumpa doktor... abah kakak n adik sampai gak kat klinik tu ata kad kesihatan adik.. baru tau budak under 1 tahun kene g klinik ibu n anak je.. x yah g klinik biasa tu....

Malam selasa
Lebih kurang waktu camni adik aka mirza still muntah2... tapi aku susukan dia... nampak cam ok.. tdo je... aku pun da naik fenin2 da... kul 4 pagi rabu muntah lgi masa tido n aku tros kejut abahnye.. kami x leh tangguh lagi.. naya dia... kering karang... dah berbelas kali dia muntah...

Subuh rabu.. hari ini : mgu lps
Adik kene tahan wad.. masuk air.. amek darah g e.r kul 4 pagi.. heret kakak.. nasib baik dia bangun... agaknya sian kat adik dia... kalau x kene la dukung... 28 kg tu...eheh. kul 6 pg abah n kakak balik umah coz dia aku suh g skola... bgn kul 4 pagi.. kul 7 g skolah.. abah anta.. coz abh cuti.. dia suke.. mama n adik duk e.r lagi n kami dpt naik wad kul 7 pagi. Gol subuh.

Hari rabu n kamis: mgu lps
Stay kat spital... aku letih.. 1 badan kejang da rasanya... kamis abah g keje.. nk amek GL skali.. kakak cuti... jg adik.. eheh..

Petang khamis mgu lps... discaj.. adik dah aktif balik... alhamdulillah........

Saturday, April 9, 2011

perjanjian sewa rumah....

Salam… ada rumah nak disewakan? Serabut nak buat perjanjian? Senang je... edit je perjanjian kat bawah ni... ni ambe amik kat mane tah last year.. dah lupe... bukan sengaja tak nak bagi kredit kat manusia tersebut.. hehehe... tapi ni dah edit la.. sbb ambenye umah sewa ade perabot sket... maybe kalo penyewa ni kua nak buat fully furnished... tgk bajet la... tapi harap2 org yg stay skang stay je selama-lamanya sbb dia memang skema badak punya penyewa...[so far larr]... ok sampai jupe lagi di lain edisi kopi n pes.... :P



PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH
UNTUK KEDIAMAN

[alamat umah]
25150 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.



DI ANTARA



[tuan umah]


DAN


[penyewa]

1 FEBRUARI 2011













BORANG MAKLUMAT PENYEWA


Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Tel. Bimbit:
Alamat Tetap/Asal:
No. Tel. Rumah:
Pekerjaan:
Alamat Pejabat:
No. Tel. Pejabat:
No. Faks:
Tempoh Sewaan:
Jumlah penghuni:
Salinan Kad Pengenalan: (Y/T)












PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.
JADUAL PERTAMA


BIL. PERKARA MAKLUMAT
1.
HARI DAN TAHUN PERJANJIAN DIBUAT

2.
TUAN RUMAH

NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:

3.
PENYEWA

NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:

4.
RUMAH

ALAMAT RUMAH YANG DISEWA:

5.
JENIS BANGUNAN









JADUAL KEDUA


BIL. PERKARA MAKLUMAT

1.
TEMPOH MENYEWA

NOTIS 2 BULAN

2.
TARIKH BERKUATKUASA

1 Februari 2011

3.
SEWA BULANAN

RM 480.00

4.
JENIS & TARIKH PEMBAYARAN
TUNAI KE AKAUN CIMB BANK
(NO:)

PADA 24-30HB SETIAP BULAN


5.
WANG CAGARAN PENDAHULUAN
a) SEWA(1 BULAN) + DEPOSIT (2 BULAN)
b) UTILITI (ELEKTRIK + AIR)

JUMLAH:





RM

6.
PEMBAHARUAN PERJANJIAN

1 Januari setiap tahun








JADUAL KETIGA

PERABOT SEDIA ADA DIDALAM RUMAH


BIL. PERKARA MAKLUMAT

1.
KATIL DAN TILAM SAIZ QUEEN


2.

KATIL DAN TILAM SAIZ SINGLE


3.

ALMARI PAKAIAN 4 PINTU


4.

ALMARI RENDAH


5.
MEJA KOMPUTER


6.

SOFA 3+2+1


7.

MEJA MAKAN 4+1

8.

KABINET DAPUR

9.

KABINET TELEVISYEN

10.



DEPOSIT: TIADA



MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT:

1. Membayar sewa pendahuluan pada tarikh seperti mana ditetapkan.

2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.

3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).

4. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun.

5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.

6. Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

7. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah tersebut.

8. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.

9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut termasuk ruangan kaki lima serta jalan di sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.

10. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).

11. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wallpluck’.

12. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.

13. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.

14. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.

15. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab.

16. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang diupah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.

17. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.

18. Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali Rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik kepada Tuan Rumah dan menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dalam perjanjian.


TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH:

1. Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Indah Water, Bil Penyelenggaraan lain yang dikenakan ke atas Rumah tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah tersebut yang mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian penyewa dan juga memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear" dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.

3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang ditanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.

4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.



PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA:

1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini.

4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila tempoh sepertimana terkandung didalam perjanjian ini tamat maka penyewa mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut.

5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.

6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis bertulis kepada penyewa.

7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah atau wang cagaran tidak akan dikembalikan.

8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

9. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai Penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.

















PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam
perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun
yang tersebut di atas.




.....................................................................................
Tuan Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:


.....................................................................................
Penyewa/Ketua Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:




.....................................................................................
Saksi
Nama :
No. Kad Pengenalan:
Tarikh :



.....................................................................................
Saksi :
Nama :
No. Kad Pengenalan:
Tarikh :

Monday, April 4, 2011

contoh surat permohonan diskaun tajaan JPA

Salam... sementara nak tgu isyak.. makan pun blom... hehhee meh kita share2kan surat permohonan kemudahan diskaun untuk pelajar tajaan JPA. Surat ni dah terbukti berkesan dan dah dapat diskaun dalam RM...... banyak gak la... hehhe save sini nak cover duit minyak g keje...........

Selamat mencube

[nama n alamat pemohon diskaun]


Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
(Unit Penguatkuasaan Perjanjian)
Aras 4, Blok C1, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya. [tarikh]
Tuan,

Memohon Kemudahan Diskaun Bagi Jumlah Keseluruhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran JPA.
Encik: [nama pemohon diskaun]
No. K/P : [ic ]

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya adalah bekas pemegang pinjaman pelajaran JPA di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (BANGI). Jumlah pinjaman saya adalah RM16,175.00. Saya telah melakukan pembayaran balik pinjaman tersebut melalui pemotongan gaji bermula bulan Jun 2008 sebanyak RM 209.00 sebulan.

3. Selaras dengan peruntukan perjanjian pinjaman pelajaran, saya layak memohon kemudahan diskaun bagi jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas dua bahagian atas (3.61).

4. Berserta dengan ini saya lampirkan salinan transkrip rasmi dan salinan ijazah sarjana muda.

5. Sehubungan dengan itu, sukacita pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan ini. kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

………………………………………
[nama]
NO.K/P :

Wednesday, March 23, 2011

SENARAI SYARIKAT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL TERBARU----2011

assalamualaikum..........

aku baca ni kat status kawan skolah kat fb... rasa cam penting untuk tau... eh... memangla pentingkan...? status halal dari jakim kot.. x sebut sumber dr mn lak kat fb tu... hmmm.. baca je lah:






1. AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


2. AYAM KEMPAS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


3. AYAMAS FOOD CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


4. AYAMKUAT MAJU SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


5. BINA RESORTS CORPORATION SDN. BHD. (PULAI DESARU BEACH RESORT HOTEL)
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


6. COCOALAND INDUSTRY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


7. DE CLASSIC LIFE (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


8. DENTAL-K MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


9. F&N DAIRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


10. GEMINI CATERING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


11. GERMAN DELICATESSEN SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


12. GOLDEN DONUTS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


13. GOURMET INGREDIENTS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


14. HALAGEL (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


15. HOTEL SERI MALAYSIA (JOHOR BAHRU)
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


16. HUP SENG PERUSAHAAN MAKANAN (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


17. INDOFOOD (M) FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


18. INNOVATE INSTANT COFFEE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


19. KELANA MEGAH (THE ZON REGENCY HOTEL BY THE SEA)
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


20. KFC (SARAWAK) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


21. KIM CHUAN OILS & FATS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


22. LAQY (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


23. M.M.A.WAHAB'S SDN BHD (THE FEDERAL BAKERY)
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


24. MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


25. NAZA TALYYA HOTEL JOHOR BAHRU
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


26. NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


27. NESTLE MANUFACTURING (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


28. OM3 FISH SERVICES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


29. PALM-OLEO (KLANG) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


30. PAWADA FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


31. PHARMAEDGE LABORATORIES SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


32. PISTACHIOS BAKERY SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


33. PIZZA HUT RESTAURANTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


34. RASA MULIA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


35. REGION FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


36. S&P INDUSTRIES SDN.BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


37. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


38. SYNERCHEM FOOD PROCESSING IND. SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


39. TANJONG PUTERI GOLF RESORT SDN. BHD (HOTEL)
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


40. TCRS RESTAURANTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


41. TESCO STORES (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


42. TONG WAH CONFECTIONERY
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


43. TROPICANA GRAND BALLROOM & BANQUET SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


44. TUNG PAO SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


45. UK'S HOLDINGS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


46. UNZA (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


47. YAKIN INVEST CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


48. ZYMTECH CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/02/2011 - 31/01/2013]


49. ABLE DAIRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


50. AEON CO. (M) BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


51. AK SUCCESS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


52. AL WAHIDA MARKETING
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


53. AMOCHEM SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


54. BERJAYA ROASTERS (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


55. BEST RECIPE FOOD INDUSTRIES S/B
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


56. BOTANICAL ESSENCE MARKETING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


57. BUKIT SERIBU HOLDINGS SDN.BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


58. CITITEL MID VALLEY, KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


59. COSWAY (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


60. D SASTHA CAFE
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


61. DESARU GOLDEN BEACH HOTEL SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


62. E.H.H FOOD INDUSTRY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


63. ENGLISH HOTBREADS (SEL) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


64. F&N BEVERAGES MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


65. FAJARU MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


66. FAMILY CEREAL SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


67. FELDA-JOHORE BULKERS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


68. FIGO FOODS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


69. FUNDAMENTAL GAINS SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


70. FUTURE PRELUDE SDN BHD (713598-K)
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


71. GAHARU TECHNOLOGIES SDN BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


72. GCB SPECIALTY CHOCOLATES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


73. GENTLE & NATURAL
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


74. GOLDEN LIMELIGHT SDN.BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


75. GRANDEE BIOTECHNOLOGIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


76. HABIB MULTI TRADING
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


77. HAVI LOGISTICS (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


78. HERCULEAN FOOD INDUSTRIES SDN.BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


79. HIESTAND MALAYSIA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


80. ILTIZAM PINTAR SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


81. INSCEREALS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


82. JB PARADE SDN. BHD. (THISTLE HOTEL)
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


83. KAMPONG KRAVERS (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


84. KEDAI AYAMAS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


85. KFC MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


86. KFC MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


87. KINCIRMAS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


88. KINOS FOOD INDUSTRIES (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


89. KL KEPONG OLEOMAS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


90. KLK BIOENERGY SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


91. KONTENA NASIONAL BERHAD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


92. L&S COSMETICS & TOILETRIES (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


93. LAZAT SPICES INDUSTRIAL SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


94. MAGNIFICIENT DIAGRAPH SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


95. MARKAIDS (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


96. MIGHTY BAKERY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


97. MISSION BIOTECHNOLOGIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


98. MUDA MEWAH FOODS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


99. NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


100. NILAI HOTEL SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


101. PMS POWERPACK SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


102. POKKA CORPORATION (SINGAPORE) PTE. LTD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


103. PREMIUM LODGE SDN BHD (THE CORONADE HOTEL KL)
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


104. PRUDENTIAL CLINIC CARE SDN BHD(LES COSMETIC & TOILETRIES)
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


105. RAHIMAH'S KITCHEN SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


106. SCC FOOD MANUFACTURING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


107. SHIDA SOUP STATION
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


108. SPICE CLASSIC SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


109. SYARIKAT KILANG REMPA JAYA SAKTI SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


110. TAI TRADE SOLUTION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


111. THE BAKER'S COTTAGE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/02/2011 - 15/02/2013]


112. ACE CANNING CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


113. AKARUMI F&B MANAGEMENT SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


114. ASIA HEALTHCARE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


115. ASPEN SARL SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


116. AZR MAJU FOOD & BEVERAGE
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


117. BIDOR KWONG HENG SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


118. BODIBASIXS MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


119. CAF FOOD PRODUCTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


120. CNI ENTERPRISE (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


121. D FLOWERS CAKE
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


122. F.Y SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


123. FARM'S ESSENCE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


124. FRESH DRINK FOOD INDUSTRY
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


125. FUSIPIM SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


126. HAIMUHASAA ENTERPRISE
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


127. HERB SAVOUR
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


128. HERBA TUNJUK LANGIT ENTERPRISE
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


129. HERITAGE LANE SDN BHD (HOTEL IMPIANA KLCC)
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


130. HOTEL ROYAL PENANG
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


131. HUASIN FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


132. IDAMAN PUTRAJAYA SDN BHD (PULLMAN HOTEL PUTRAJAYA)
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


133. IMED LAB SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


134. IN-COMIX FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


135. JIN CHANG SAUCE FACTORY SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


136. LA BOOST HEALTH BEVERAGES MFG SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


137. LAM SOON EDIBLE OILS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


138. LULU NYONYA GOODIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


139. MALAYSIA MILK SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


140. MERIDIAN ACE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


141. MOFAZ DIRECT SA SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


142. NANOWATER RESEARCH LAB SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


143. NASI AYAM JAT
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


144. NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


145. NEWLY TEN FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


146. NOBLE FAMILY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


147. NOODLE STATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


148. ORGABIO MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


149. RIDGE CHEM SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


150. SIME DARBY FOODS MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


151. SOUTHERN LION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


152. STANSON BAKERIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


153. SUNWAY HOTEL (PENANG) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


154. TAIWAN FRUCTOSE (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


155. TORTO FOOD INDUSTRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


156. TOTAL RECHARGE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


157. TROPICANA GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


158. U BENTO TRADING
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


159. WAI FOOD INDUSTRY
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


160. YIN THYEN CHUN
Tarikh Sah Sijil [01/03/2011 - 28/02/2013]


161. ANTAMAX GOURMET SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


162. ASIA HERBAL BIOTECH SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


163. BEHN MEYER FOODTECH SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


164. DELS KITCHEN
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


165. FEDERAL AGRICULTURE MARKETING AUTHORITY (FAMA)
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


166. PANETTONE (M) SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


167. PEMASARAN RAMLY MOKNI SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


168. PERTIMA TRENGGANU SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


169. PRESIDENT FOOD FILLINGS MALAYSIA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


170. PUTRAJAYA SHANGRI-LA HOTEL
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


171. RICH N HEALTHY RESOURCES
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


172. STANSON MARKETING
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


173. SYNERGIC CIRCLE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


174. TERAS GEMILANG FOOD & BEVERAGE
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


175. THE NOMAD SUCASA HOTEL
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


176. URC SNACK FOODS (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]


177. YPJ PALM INTERNATIONAL SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/03/2011 - 15/03/2013]

sejauhmana kita percaya pada pengiktirafan ni? sejauh mana sijil2 ni telus, x dibeli?? tah la.... peninnn

Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum…salam rindu…
Sokong tak hari tanpa plastic yang org ngah buat kat super/hyper market skang? Sabtu mgu pertama ke? Tah la... jarang sgt g shopping ni... rasa2nya inisiatif buat kurangkan penggunaan plstik ni kerajaan selangor yang buat dulu kan? Aaahh.. semua aku tak pasti... nak cari sumber malas...

So nak dijadikan cerita... pengetua sekolah dah dapat idea nak buat someting like that... yang taknak gunakan plastik tu la kan (sbnrnya dia x suke budak2 sepah2 sampah cam manusia x bertamadun keliling skolah..)... dia cakap dalam perhimpunan n di ambil action oleh cikgu ayob... tros dia buat meeting n ask me to organise pelancaran etc... detail pasal kempen ni akan dipost kendian coz skang aku agak bz meh.. ni pon heri nak kopi so.... aku buh kat sini... sape2 nak kat dunia ni leh amik... ni paperwork pelancaran sahaja.. pengisian nya banyak gilo sbb jv ngan kempen kebersihan skali.... btw.. skang hari tanpa plastik ni dah berjalan selama 3 mgu setiap jumaat..... no plastik allowed kat kantin n koop... tah sampai bile mak pon x tau nok!
Hmmm... yang penting minda suci ye... dari anasir pembangkang.... hehheahha.. lagi2 nak standby untuk i/v ni... kang terpacul yg bukan2 dah susah....

Ok... bye! Bawah ni paperwork pelancarannya k...c u!








SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU ABDULLAH
PEKAN PAHANG
KERTAS KERJA
PELANCARAN PROGRAM HARI TANPA PLASTIK SEMPENA KEMPEN KEBERSIHAN SMKTA 2011









1.0: TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMKTA; Tuan Haji Abdul Razak Muhammmad bagi melaksanakan program “Pelancaran Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011” sempena Kempen Kebersihan yang akan dijalankan.

2.0: LATAR BELAKANG
“Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011”merupakan satu program yang dirancang di bawah Bahagian Hal ehwal Pelajar SMKTA dengan kelolaan Ahli Jawatan Kuasa Kantin.
Program ini disasarkan kepada golongan pelajar SMKTA yang bertujuan untuk membudayakan pengurangan penggunaan plastik seterusnya dapat meningkatkan penghayatan pelajar terhadap kebersihan kawasan sekolah ini.

3.0: MATLAMAT
3.1 Melahirkan pelajar yang sedar kepentingan menjaga kebersihan fizikal dan mental
3.2 Menanamkan semangat cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah
3.3 Mewujudkan semangat kerjasama dalam komuniti SMKTA dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

4.0:PENYERTAAN
Semua pelajar SMKTA

5.0:BUTIR-BUTIR PROGRAM
Nama Program : “Pelancaran Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011”
Tarikh : 2 Mac 2011 (RABU)
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMKTA




6.0:JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK “Pelancaran Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011”

Penaung : Tuan Haji Abdul Razak bin Muhammad (Pengetua SMKTA)
Pengerusi : En. Ayub bin Abdul Rahim (GPK HEM)
Setiausaha : Nor Sahida binti Napiah
Bendahari : Pn Mimi Fauziah binti Abdul Wahab

AHLI JAWATANKUASA
Promosi dan Publisiti : Pn. Nora ‘Ainyati bt Abdul Latif dan Cik Normala Atikah Bt
Mohd Nabir
Persediaan Tempat : Pn. Faezah Jalal
Pengacara Majlis : Pn Zainarita Zainal Abiddin
Jurukamera/Media :Pn. Jamilah Mohd Zawawi
Logistik dan Audio :Pn Faridzah Hasan dan Badan Pengawas
Persembahan : Pn. Noratna Abdul Razak dan Cik Kartini
Kawalan Pelajar : Tn Nur Amalina bt Tn Lah

7.0: TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi - Guru dan Pelajar berhimpun di Dataran Perhimpunan
7.40 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah
7.50 pagi - Ucapan En. Ayub bin Abdul Rahim (GPK HEM)
8.00 pagi - Ucapan Perasmian Tn. Hj. Abdul Razak Mohammad
8.10 pagi - Simbolik Perasmian Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011
8.15 pagi - Persembahan Pelajar Pendidikan Khas
8.30 pagi - Majlis bersurai

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Sumber: Tabung PIBG
Kos : RM 150.00 (Banner)



PENUTUP


Dengan ini kami memohon jasa baik dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Yang Berusaha untuk meluluskan kertas kerja ini.

“Usaha Jaya”




Disediakan oleh,
……………………………
Nor Sahida Napiah
Setiausaha Pelancaran HAri Tanpa Plastik SMKTA 2011

ok x? i like simple pimple... eheh!

Friday, March 11, 2011

perlembagaan persatuan sejarah SMKTA



assalamualaikum.

semalam.

pagi.

x pagi sgt la. kul 9 lebih sket.

........................

........................

........................

masa tolong kak nida bacakan senarai pelajar f3 (dia nk taip cepat katanya).. kak umi datang... weh shahida... ada keje ni nk bagi ni...?{gambo awek menjeling tu la kok umi kalo nak tau..}

i reply.. keje pe gok? buleh saje... mak no problem u....[lebih lebih plop]

aaa..... weh jgn kacau la.... kata kak nida....

aku gelak.. ala2 bodo2 alng tiang kayu...

ok nanti kak umi bgtau smula........

short cut>> nak g klas jaga peksa kakumi panggil... katanya:

tlg buat perlembagaan boleh? responku?? ha? wat? perlembagaan ape plop nih?

hehe.. kakumi kata plak: ala perlembagaan persatuan sejarah....





ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo... ye ke... selama ni persatuan brjalan takde perlembagaan tapi bnyk da pojek jalan... pojek mega lagi!..

well...i said: ok kak umi.. nak bile? pas cuti bleh? bleehhhh..apa x bleh.. ok roger n out.... jalan laju2 g kelas.....

aku jaga pekse sangat la puaka boringnya... karang lau tertido ke...tesengguk ke malu ya amat lahai... so idecide to buat that animal called perlembagaan time jaga pekse.... buat punya buat... [biasala copy-paste-edit-upgrde-siap]... siap la satu perlembagaan yang simple n comel...n should i say wangi oso? hahhahah

ni dia: sape nak amik sila kan... jgn buat bukan2 dah!
...........................................................................................................................................................................

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SEJARAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU ABDULLAH

FASAL I : NAMA DAN ALAMAT

1. Nama Persatuan : Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah,

Pekan, Pahang.

2. Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah,

26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

FASAL II : OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

2. Menyemai dan memupuk sikap toleransi antara kaum dan meningkatkan semangat patriotisme dikalangan pelajar amnya dan ahli persatuan khasnya.

3. Mewujudkan ruang dan peluang pelajar berbakti kepada agama, bangsa dan negara sekaligus menghargai dan mensyukuri nikmat keamanan yang dinikmati.

FASAL III: DEFINISI

1.(a)“Perlembagaan” bererti Perlembagaan Persatuan Sejarah SMK Tengku Abdullah.

(b)“Ahli Jawatan Kuasa” bererti Jawatan Kuasa Persatuan Sejarah SMK Tengku Abdullah yang

termaktub dalam Fasal VI.

(c) “Sekolah” bererti Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah (SMKTA)

2. Apa-apa perkara yang tidak termasuk secara nyata dalam Perlembagaan ini, Ahli Jawatan Kuasa dengan nasihat Guru Penasihat Persatuan berhak dan berkuasa untuk memutuskannya dalam perbincangan yang dilakukan.

FASAL IV: KEAHLIAN

1. Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini.

2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

3. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

FASAL V : GURU PENASIHAT

1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

2.Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

3.Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

FASAL VI: AHLI JAWATANKUASA PELAJAR

1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

2. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

3. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

4. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

5. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6. Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

· Pengerusi

· Naib Pengerusi

· Setiausaha

· Penolong Setiausaha

· Bendahari

· Penolong Bendahari

· Ahli Jawatan Kuasa (bilangan bergantung keperluan)

· Pemeriksa Kira-Kira

FASAL VII: YURAN DAN BAYARAN

1.(a) Yuran keahlian persatuan ditetapkan dalam Mesyuarat Persatuan Sejarah SMKTA dan boleh

berubah mengikut kesesuaian masa dan aktiviti.

(b) Bayaran lain akan ditentukan jika perlu dan perlu diluluskan serta dipantau oleh Guru Penasihat.

Ada lg fasal-fasalnya… malaslah cari fasal…. Hahahha.. pandai2la cr sambung ape yg patut k…


daaaaaaaaa :P

Wednesday, March 9, 2011

guru... [kopi dr face book je]

sekadarnya...........

Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam.

Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.( Imam Muslim )

Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;

قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. ( Imam Muslim)

Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.

Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semua ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh ‘disentuh’ langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.

Sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar langsung tidak menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya memperoleh kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. Guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. Guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru sentiasa mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama sahaja terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri bila bertembung atau buat-buat tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat dapat ganjaran di sisi Rabb yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah terlepas pandang terhadap amalan hambanya.

Wahai insan yang masih seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar. Doakanlah kebaikan untuk gurumu, ucapkanlah penghargaan dan terima kasih untuknya dan sapa dan bertanya khabarlah mereka bila bertemu. Percayalah, Semua itu amat mengembirakan hati mereka. Jadilah insan yang berterima kasih dan mengenang budi. Sesungguhnya sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia nescaya dia seorang yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah sebagaimana mafhum hadis Nabi. Siapalah kita tanpa guru. ‘TERIMA KASIH CIKGU’.

Tuesday, March 1, 2011

sivik oh sivik.....

Hari yang sgt panjang….. penat.letih. sakit kepala. Panas. Semua perasaan yang tak bes jadi 1. Bergumpal.kalut.sesak.

Pengetua ambush masa tgh mengajar? Ha ? betul ke? Betolll… nak tipu wat pe? Nak tippu kat sape? Mana de org baca pun blog ni..hehhehe… dia masuk je.. Tanya kat student duk tepi pintu… ni mase ape? Sivik? Ye sivik cikgu… jawap cikgu sivik yang ada dalam kelas tu… belajar ape? Hidup bermasyarakat cikgu.. jawap cikgunya lagi… RUKUN TETANGGA… hheheh.. (masa ni dia melangkah masuk ke kelas, selak2 buku student n usha2 apa aku tulis kat white board.) ok… ape tu rukun tetangga? Adakah ia macam pen? Macam kucing? Ape?

……………

Ish…. Student diam… aku angkat2 kening… deme angkat kening balik… jawap la kata aku dalam hati…. Macamana ni makna rukun tetanggga pun x tau? ( menjeling melihat reaksi guru sivik tu)… lalu pengetua pun mula mengajar… dan guru sivik dengan rendah hati tgu tepi kelas…(bagus gak cos kelas panas gile..kipas mogok xmo pusing)… pungpangpongpang… dia ngajo…. Cekapnye.. kata pembodek itu.. hhahahah…

Dannnn….. malangnya bila ditanya lagi dek pengetua… student x dpt jawap lg… [melampau betol neves korang nih!] arkkkkkkkk! Cikgu rasa cam nak pitam…. Cikgu rasa lapar…. Cikgu rasa nak makan orang…tolong la jawap… save my water face baby…kuikui… dan sampai akhir… budak2 aka my student x jawap apa dia yg dia Tanya padahal dah aku bagi tau awal td…. Ala common sense je… xkan tu pun nak cikgu bgtau…? [aku sedia maklum peel budak2 ni malas nak berfikir… sayang nk gune otak emas tu kang jd brg bundle plak bile kerap gune koooot..?]

Dan begitu lah hari berlalu hari ni….. kepala masih sakit…. Petang ada latihan merentas desa… byee



:)

Sunday, February 20, 2011

konvo tertangguh uum...



hai.....

semalam sepatutnya attend konvo di UUM.. apakan daYA si dia kene koje.. so niat murni nk bwk ank2 tgk mamanya ambik skroll musnah begitu saja.......... sedih la.. coz ni peluang kedua ni.. yg bulan 11 tertangguh sebb banjir besar tu... xtau lepas ni ada x lg peluang nk terima skrol.. kalau x buat master alamat x merasa la........

Thursday, February 17, 2011

giler scary ooiii

salam petang.

sedang daku berjalan2 sambil meniarap di tiubhang? aku bump ngan vid ni... takot seh... kat oversea neh... aku brani nengok skali jer... ckp byk x gune...sape brani tengok la sundrik... ready tau fizikal n mental...






dah tgk? cane rase? terganggu x minda?

pagi ini...

pagi ni

aku rasa bengong

aku rasa benci pada diri sendiri

aku rasa bersalah

aku rasa aku mak yang x baik

aku rasa nanti mungkin aku akan dimenyampah dek anak sendiri....

napa lah aku ni panas baran sangat? nape aku xleh bersabar masa layan anak? nape aku berpeel macam peel org yang aku x suka? nape? pagi lagi dah sedihkan hati anak.. pagi lagi dah titiskan airmata dia..pagi-pagi lagi dah kecamukkan perasaan dia... dia hanya berusia 5tahun 2bulan... nape susah sgt aku nak tgk dia ni masih lgi kecik? dia kan anak aku? dia kan datang dari aku? kenapa aku sakitkan hati dia?
























mama minta maaf kakak! esok jgn buat mama marah lagi ok syg? :(

Tuesday, February 15, 2011

citer om pompuan

masa aku masuk sepital 3hr 2mlm kat hosp KT... doktor kat sane pesan... camni katanya:

" kalau darah atau benda lain keluar dari organ peranakan awak masa awak mengandong... lebih2 darah... walau SETITIK, walau SEGARIS.. pergi la mana2 wad kecemasan secepat mungkin.."

sebab? tu yang kita nampak... hal dalaman kita x tau... g lah jupe doktor.. dont take 4 granted...
ni pasalnye jap g nak g melawat istri bespren suamiku kat spital due to bleeding dah 2 hr baru nak g ck... seb bek x de pepe.... byeeee

pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman perumahan untuk penjawat awam....



salam... selamat petang... dah solat? dah makan? dah take a nap? hehe.. semua sudah jadi hari ni aku nak share sesuatu yang penting masa kita idup kat dunia fana nih...

pinjaman perumahan; yakni membina atau membeli rumah dan juga pinjaman beli tanah... dah jumpa tanah yng shanteeekk...lokasi bagus... dekat dgn sekolah, kedai, masjid, klinik.. apalagi? belilah! nak loan bank boleh... tapi dah keje ngan gomen ni baik gune kemudahan yg ada... byk gak bleh jimat....

kami (aku dan lakiku) berhajat nak beli tanah kat pekan ni... mahal bapooookkk lahai... tapi kene beli la jugak...dah mintak saje tok mboh beri....hehehe.. suku ekar rm120k. mahal? murah? tah la... terpaksa beli kekdahnyer tu... ngan gaji yg seciput kami mmg terpaksa ikat perut sket la... kalo beli umah siap rugi la plak... (dah siap kira da....)

jadi kami pun kire.... lain penginsuran lain ratenyer... try this: etiqa takaful , takaful malaysia , prubsn , dll... maleh dah nak link... tanah max bleh bayar dlm tmph 12 tahun saje n umah tu leh la tgk umor org yg nk meminjam tu... (kalau ku tau begini baik abis U trs aku beli tanah)...heheh... biarla masa dah berlalu....

nak tau byk lagi pasal gov loan ni g sini... byeeeeeeeee

Sunday, February 13, 2011

cak!

salam.. perghhhhhhhhh gila lah... dah dekat dua tahun aku dump blog ni (dan beberapa blog lagi)... hari ni aku dah terbuka hati nak hapdate balik benda ni... paswed mmgla lupa... tapi dengan usaha yang tkun dan bersungguh2... dapat la bukak blog ni balik.. blog ni kategori blog bau masa di diabaikan oleh daku.... heheh... now berazam nak kaya cam jejari runcing n makmerah... mampukah daku? harrus la... tekun, usaha, jaya!

so.... blog ni akan jadi tempat luahan hati, jeritan batin, gosipping, dan mencatat telatah anak2 ku...

ni kat umah kak yah masa aku menganggotai kelab suri umah profesional... beraya... tengoklah telatah budak2 tu.. bukan kira umah sape selambe mambe je eksesais.... hehe...bye!