Friday, March 11, 2011

perlembagaan persatuan sejarah SMKTA



assalamualaikum.

semalam.

pagi.

x pagi sgt la. kul 9 lebih sket.

........................

........................

........................

masa tolong kak nida bacakan senarai pelajar f3 (dia nk taip cepat katanya).. kak umi datang... weh shahida... ada keje ni nk bagi ni...?{gambo awek menjeling tu la kok umi kalo nak tau..}

i reply.. keje pe gok? buleh saje... mak no problem u....[lebih lebih plop]

aaa..... weh jgn kacau la.... kata kak nida....

aku gelak.. ala2 bodo2 alng tiang kayu...

ok nanti kak umi bgtau smula........

short cut>> nak g klas jaga peksa kakumi panggil... katanya:

tlg buat perlembagaan boleh? responku?? ha? wat? perlembagaan ape plop nih?

hehe.. kakumi kata plak: ala perlembagaan persatuan sejarah....





ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo... ye ke... selama ni persatuan brjalan takde perlembagaan tapi bnyk da pojek jalan... pojek mega lagi!..

well...i said: ok kak umi.. nak bile? pas cuti bleh? bleehhhh..apa x bleh.. ok roger n out.... jalan laju2 g kelas.....

aku jaga pekse sangat la puaka boringnya... karang lau tertido ke...tesengguk ke malu ya amat lahai... so idecide to buat that animal called perlembagaan time jaga pekse.... buat punya buat... [biasala copy-paste-edit-upgrde-siap]... siap la satu perlembagaan yang simple n comel...n should i say wangi oso? hahhahah

ni dia: sape nak amik sila kan... jgn buat bukan2 dah!
...........................................................................................................................................................................

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SEJARAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU ABDULLAH

FASAL I : NAMA DAN ALAMAT

1. Nama Persatuan : Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah,

Pekan, Pahang.

2. Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah,

26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

FASAL II : OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

2. Menyemai dan memupuk sikap toleransi antara kaum dan meningkatkan semangat patriotisme dikalangan pelajar amnya dan ahli persatuan khasnya.

3. Mewujudkan ruang dan peluang pelajar berbakti kepada agama, bangsa dan negara sekaligus menghargai dan mensyukuri nikmat keamanan yang dinikmati.

FASAL III: DEFINISI

1.(a)“Perlembagaan” bererti Perlembagaan Persatuan Sejarah SMK Tengku Abdullah.

(b)“Ahli Jawatan Kuasa” bererti Jawatan Kuasa Persatuan Sejarah SMK Tengku Abdullah yang

termaktub dalam Fasal VI.

(c) “Sekolah” bererti Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah (SMKTA)

2. Apa-apa perkara yang tidak termasuk secara nyata dalam Perlembagaan ini, Ahli Jawatan Kuasa dengan nasihat Guru Penasihat Persatuan berhak dan berkuasa untuk memutuskannya dalam perbincangan yang dilakukan.

FASAL IV: KEAHLIAN

1. Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini.

2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

3. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

FASAL V : GURU PENASIHAT

1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

2.Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

3.Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

FASAL VI: AHLI JAWATANKUASA PELAJAR

1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

2. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

3. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

4. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

5. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6. Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

· Pengerusi

· Naib Pengerusi

· Setiausaha

· Penolong Setiausaha

· Bendahari

· Penolong Bendahari

· Ahli Jawatan Kuasa (bilangan bergantung keperluan)

· Pemeriksa Kira-Kira

FASAL VII: YURAN DAN BAYARAN

1.(a) Yuran keahlian persatuan ditetapkan dalam Mesyuarat Persatuan Sejarah SMKTA dan boleh

berubah mengikut kesesuaian masa dan aktiviti.

(b) Bayaran lain akan ditentukan jika perlu dan perlu diluluskan serta dipantau oleh Guru Penasihat.

Ada lg fasal-fasalnya… malaslah cari fasal…. Hahahha.. pandai2la cr sambung ape yg patut k…


daaaaaaaaa :P

No comments:

Post a Comment