Monday, April 4, 2011

contoh surat permohonan diskaun tajaan JPA

Salam... sementara nak tgu isyak.. makan pun blom... hehhee meh kita share2kan surat permohonan kemudahan diskaun untuk pelajar tajaan JPA. Surat ni dah terbukti berkesan dan dah dapat diskaun dalam RM...... banyak gak la... hehhe save sini nak cover duit minyak g keje...........

Selamat mencube

[nama n alamat pemohon diskaun]


Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
(Unit Penguatkuasaan Perjanjian)
Aras 4, Blok C1, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya. [tarikh]
Tuan,

Memohon Kemudahan Diskaun Bagi Jumlah Keseluruhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran JPA.
Encik: [nama pemohon diskaun]
No. K/P : [ic ]

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya adalah bekas pemegang pinjaman pelajaran JPA di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (BANGI). Jumlah pinjaman saya adalah RM16,175.00. Saya telah melakukan pembayaran balik pinjaman tersebut melalui pemotongan gaji bermula bulan Jun 2008 sebanyak RM 209.00 sebulan.

3. Selaras dengan peruntukan perjanjian pinjaman pelajaran, saya layak memohon kemudahan diskaun bagi jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas dua bahagian atas (3.61).

4. Berserta dengan ini saya lampirkan salinan transkrip rasmi dan salinan ijazah sarjana muda.

5. Sehubungan dengan itu, sukacita pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan ini. kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

………………………………………
[nama]
NO.K/P :

No comments:

Post a Comment