Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum…salam rindu…
Sokong tak hari tanpa plastic yang org ngah buat kat super/hyper market skang? Sabtu mgu pertama ke? Tah la... jarang sgt g shopping ni... rasa2nya inisiatif buat kurangkan penggunaan plstik ni kerajaan selangor yang buat dulu kan? Aaahh.. semua aku tak pasti... nak cari sumber malas...

So nak dijadikan cerita... pengetua sekolah dah dapat idea nak buat someting like that... yang taknak gunakan plastik tu la kan (sbnrnya dia x suke budak2 sepah2 sampah cam manusia x bertamadun keliling skolah..)... dia cakap dalam perhimpunan n di ambil action oleh cikgu ayob... tros dia buat meeting n ask me to organise pelancaran etc... detail pasal kempen ni akan dipost kendian coz skang aku agak bz meh.. ni pon heri nak kopi so.... aku buh kat sini... sape2 nak kat dunia ni leh amik... ni paperwork pelancaran sahaja.. pengisian nya banyak gilo sbb jv ngan kempen kebersihan skali.... btw.. skang hari tanpa plastik ni dah berjalan selama 3 mgu setiap jumaat..... no plastik allowed kat kantin n koop... tah sampai bile mak pon x tau nok!
Hmmm... yang penting minda suci ye... dari anasir pembangkang.... hehheahha.. lagi2 nak standby untuk i/v ni... kang terpacul yg bukan2 dah susah....

Ok... bye! Bawah ni paperwork pelancarannya k...c u!








SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU ABDULLAH
PEKAN PAHANG
KERTAS KERJA
PELANCARAN PROGRAM HARI TANPA PLASTIK SEMPENA KEMPEN KEBERSIHAN SMKTA 2011









1.0: TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMKTA; Tuan Haji Abdul Razak Muhammmad bagi melaksanakan program “Pelancaran Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011” sempena Kempen Kebersihan yang akan dijalankan.

2.0: LATAR BELAKANG
“Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011”merupakan satu program yang dirancang di bawah Bahagian Hal ehwal Pelajar SMKTA dengan kelolaan Ahli Jawatan Kuasa Kantin.
Program ini disasarkan kepada golongan pelajar SMKTA yang bertujuan untuk membudayakan pengurangan penggunaan plastik seterusnya dapat meningkatkan penghayatan pelajar terhadap kebersihan kawasan sekolah ini.

3.0: MATLAMAT
3.1 Melahirkan pelajar yang sedar kepentingan menjaga kebersihan fizikal dan mental
3.2 Menanamkan semangat cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah
3.3 Mewujudkan semangat kerjasama dalam komuniti SMKTA dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

4.0:PENYERTAAN
Semua pelajar SMKTA

5.0:BUTIR-BUTIR PROGRAM
Nama Program : “Pelancaran Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011”
Tarikh : 2 Mac 2011 (RABU)
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMKTA




6.0:JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK “Pelancaran Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011”

Penaung : Tuan Haji Abdul Razak bin Muhammad (Pengetua SMKTA)
Pengerusi : En. Ayub bin Abdul Rahim (GPK HEM)
Setiausaha : Nor Sahida binti Napiah
Bendahari : Pn Mimi Fauziah binti Abdul Wahab

AHLI JAWATANKUASA
Promosi dan Publisiti : Pn. Nora ‘Ainyati bt Abdul Latif dan Cik Normala Atikah Bt
Mohd Nabir
Persediaan Tempat : Pn. Faezah Jalal
Pengacara Majlis : Pn Zainarita Zainal Abiddin
Jurukamera/Media :Pn. Jamilah Mohd Zawawi
Logistik dan Audio :Pn Faridzah Hasan dan Badan Pengawas
Persembahan : Pn. Noratna Abdul Razak dan Cik Kartini
Kawalan Pelajar : Tn Nur Amalina bt Tn Lah

7.0: TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi - Guru dan Pelajar berhimpun di Dataran Perhimpunan
7.40 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah
7.50 pagi - Ucapan En. Ayub bin Abdul Rahim (GPK HEM)
8.00 pagi - Ucapan Perasmian Tn. Hj. Abdul Razak Mohammad
8.10 pagi - Simbolik Perasmian Hari Tanpa Plastik SMKTA 2011
8.15 pagi - Persembahan Pelajar Pendidikan Khas
8.30 pagi - Majlis bersurai

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Sumber: Tabung PIBG
Kos : RM 150.00 (Banner)



PENUTUP


Dengan ini kami memohon jasa baik dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Yang Berusaha untuk meluluskan kertas kerja ini.

“Usaha Jaya”




Disediakan oleh,
……………………………
Nor Sahida Napiah
Setiausaha Pelancaran HAri Tanpa Plastik SMKTA 2011

ok x? i like simple pimple... eheh!

No comments:

Post a Comment